SEJARAH SKTD



Sekolah Kebangsaan Tok Dor merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg Tok Dor , Jerteh , Terengganu Darul Iman. Sekolah Kebangsaan Kampung Tok Dor pada asalnya dibuka pada tahun  1956. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Awang bin Abas.

Pada peringkat awal bilangan murid adalah seramai 27 orang, manakala bilangan guru adalah seramai 4 orang hanya dibantu oleh seorang staff sokongan sahaja.Di awal pembukaan sekolah ini, keadaan fizikal di sekolah ini hanyalah terdapat sebuah bangunan kayu sederet tanpa kantin dan keadaan kelas adalah bercantum antara satu sama lain.

Selepas sepuluh tahun, SKTD kemudian dinaiktaraf dengan dibangunkan dengan sebuah bangunan yang agak selesa. Manakala bilangan murid yang belajar di sini dan juga bilangan guru semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1995, bangunan dua tingkat telah dibina dan dilengkapi dengan perpustakaan, pusat sumber, kantin dan makmal sains.

ar08Pada tahun 2003, SKTD terus maju dan membangun dengan dibekalkan sebuah makmal komputer untuk proses pelajaran dan pembelajaran (P&P). Atas permintaan masyarakat setempat, untuk pendidikan awal kanak-kanak, pada tahun 2007 juga bangunan untuk PRA Sekolah telah dibina dan kemasukan bilangan murid pada tahun tersebut adalah seramai 25 orang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tok Dor memiliki 68 pelajar lelaki dan 69 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 137 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.


Pada hari ini telah banyak perubahan fizikal sekolah dan prasarana telah dapat dilihat dan diperuntukkan dan di antaranya ialah sekolah mendapat 2 blok bangunan baru 3 tingkat (Blok A & B) serta prasarana jalan keluar dan masuk serta dataran kejap. Projek pembinaan bermula pada 24/10/2009 – 24/10/2010.


Pada masa ini Sekolah Kebangsaan Tok Dor (SKTD) mempunyai bilik darjah yang selesa, pusat sumber, makmal komputer (ICT), bilik makmal sains dan lain-lain kemudahan yang boleh membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

ar08Sehingga tahun 2011, SKTD telah diterajui oleh 13 orang Guru Besar.Guru besar yang terkini menjadi peneraju utama SKTD ialah Wan Mustafa bin Wan Ibrahim. Beliau mula bertugas di sekolah ini pada awal tahun 2011.

Sehingga pada tahun 2011, jumlah murid yang berdaftar untuk Tahun Satu hingga Tahun Enam ialah seramai 119 orang dengan 6 buah kelas dan jumlah murid bagi kelas PRA Sekolah ialah seramai 25 orang dengan 1 buah kelas. Bilangan guru yang ditugaskan di sekolah ini ialah seramai 17 orang dan kakitangan sokongan kerajaan ialah seramai 3 orang pelbagai jawatan.

Dari setahun ke setahun SKTD terus maju dan mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal ini telah di buktikan dengan keputusan yang cemerlang apabila keputusan peperiksaan UPSR telah mencapai kecemerlangan dengan mendapat keputusan tempat ke 2 terbaik di peringkat negeri dan telah mendapat tempat pertama di peringkat daerah Besut pada tahun 2007, 2008, 2009. Begitu juga dalam Ko Akademik dan Sukan di peringkat daerah dan negeri.

Pada tahun 2012, SKTD telah mencapai keputusan GPS TERBAIK bagi Daerah Besut iaitu GPS 1.52 dan mendapat keputusan UPSR tempat ke 10 di peringkat Negeri Terengganu.