Sunday, October 18, 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TOK DOR


 Perkhemahan akan diadakan pada 20-22 oktober 2015 bertapak di perkarangan sktd.Penyertaannya adalah terbuka kepada semua murid tahun 4, tahun 5 & tahun 6.Di harapkan program perkhemahan ini akan berjalan dengan lancar & tiada sebarang masalah. 

Wednesday, September 9, 2015

PROGRAM SINGGAH SAYANG YB ISKANDAR & KPPD BESUT KE SKTD


Tarikh : 7 September 2015
Tempat :Bilik gerakan UPSR & gajah menyusur SKTD

Program ini diadakan supaya YB & KPPD Besut dapat berjumpa dan bertanya khabar dengan pelajar yang bakal mengambil UPSR.Kesemua mereka turut berpeluang memberikan kata-kata semangat di banner yang telah di sediakan oleh pihak sekolah. 

SOLAT HAJAT PERDANA & BACAAN YASIN - UPSR


TARIKH   :  3 SEPT 2015 
HARI        :  KHAMIS 
MASA      :  7.00 - 10.00 MALAM 
TEMPAT   :  SURAU & KANTIN SKTD 
KEHADIRAN  : WARGA SKTD DAN PENJAGA/IBUBAPA MURID TAHUN 6

Program Solat Hajat Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga murid tahun 6.Program ini melibatkan seluruh warga SK Tok Dor , pelajar tahun 6 serta ibu bapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh En ghani bin Ali. Sesudah solat berjemaah, solat hajat diadakan memohon kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR nanti.Bacaan yasin menyusul selepas solat hajat. Pada majlis ini juga , Zulkifli bin A rahman, Guru Besar SK Tok Dor turut serta. Solat isyak berjemaah juga diimamkan oleh En ghani bin Ali.Sesudah solat semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera.


Wednesday, May 20, 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015


Pada 18 Mei 2015 (Isnin) yang lalu Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah di adakan di SKTD dengan meriahnya.Sambutan berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari semua pihak.

KEM MOTIVASI KEUTUHAN MINDA UPSR 2015

                       
Baru-baru ini Kem motivasi Keutuhan Minda UPSR telah pun diadakan dan berjaya dilaksanakan.Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG dan pihak PYBNT kerana telah banyak menyumbang terutamanya dari segi sumber kewangan.Pihak sekolah juga berharap dengan adanya aktiviti kem motivasi seperti ini dimasa akan datang akan lebih banyak membantu murid-murid ke arah kecemerlangan UPSR.    

TAHNIAH PASUKAN TAEKWANDO SKTD!!



2 MEI 2015(SABTU) Alhamdulillah, pasukan taekwondo sktd telah menjadi naib juara dalam kejohanan taekwondo Jemputan sekolah-sekolah perak.Diharapkan Latihan-latihan akan dipertingkatkan bagi memastikan keputusan yang lebih baik pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.